FOLLOW ME

Sunday, July 3, 2011

BERSIH 2.0 Wajarkah?



Ini adalah pendapat peribadi saya. Idea BERSIH 2.0 dipengerusikan oleh seorang peguam besar yang saya hormati dan ahli-ahli jawatankuasanya adalah juga professional di dalam bidang yang sama seperti saya namun tidak semestinya saya bersetuju dengan idea mereka.

 Let it be the non muslim to do what they desire, seorang Islam harus melihat kepada tuntutan agama sebelum bertindak. Itu yang membezakan mereka dengan kita.

Dari Alqamah bin Wail Al Khadhrami dari ayahnya dia berkata, Salamah bin Yazid Al Jufy bertanya kepada Rasulullah s.a.w:


Wahai Nabi Allah apa pendapat kamu tentang seorang pemimpin yang menuntut hak-haknya, sedangkan mereka tidak mau memberikan hak-hak kami, apakah yang kamu perintahkan? Maka Nabi berpaling darinya. Kemudian orang tadi bertanya lagi dan Rasul pun berpaling lagi sampai berulang dua atau tiga kali, maka orang tersebut ditarik oleh Asyats bin Qais, maka Nabi s.a.w pun akhirnya menjawab, Dengar dan taatlah kamu kepada mereka, kewajiban mereka adalah apa yang telah dibebankan kepada mereka (untuk berbuat adil), dan kewajiban bagi kamu adalah apa yang dibebankan kepadamu (taat dan patuh kepada pemerintah). (HR. Al Imam Muslim dalam Shahihnya (3/1374), dan Al Imam Nawawi mengkhususkan bab tersendiri tentang hal ini iaitu Bab tentang taat kepada para pemimpin meskipun mereka merampas hak-hak kita.



Saya percaya ada sebilangan dari kita umat islam terikut-ikut dengan keseronokkan berhimpun beramai-ramai, berjalan sambil berpimpin tangan sambil membawa sepanduk yang menyuarakan rasa tidak puas hati kepada kerajaan, namun adakah itu memberikan kita pahala yang besar untuk dijadikan bekalan di alam yang kekal?  Saya tidak setuju....dan saya malu jika melihat ada antara umat islam giat aktif memperjuangkan perhimpunan itu.

Bukan itu yang sepatutnya kita lakukan, anjurkanlah majlis ilmu untuk kita melontarkan persoalan yang membeku di dalam benak kepada pihak kerajaan, nescaya jawapan yang diberikan dapat menjawab persoalan yang diutarakan, biarpun jawapan itu menjadi tidak logik jika kita fikirkan namun ramai lagi otak yang mendengar yang dapat memikirkan mana satu kebenaran.... itulah yang sebenarnya patut dilakukan.

Jika dikatakan pilihanraya kita tidak bersih dan disaluti penipuan, sebagai seorang peguam yang bijaksana tidak seharusnya menganjurkan perarakan untuk bantahan namun harus di derafkan satu memorandum kepada parlimen untuk dibincangkan, bukankah kita ini orang yang bijak pandai di dalam undang-undang, dan bukannya tidak ada peguam yang menjadi MP di dalam dewan dimana isu-isu sedemikian boleh diutarakan untuk dibincang?

Berikan jalan penyelesaian contohnya pengiraan undi tidak perlu dibawa ke pusat pengiraan melainkan selepas tamat waktu membuang undi, peti undi terus dibuka disitu dan dikira oleh pegawai-pegawai SPR  dengan bersaksikan mata-mata calon yang berkepentingan dan terus diumumkan di kaca TV, bukankah itu solusi yang lebih bijak daripada berhimpun dan berarak kemudian ditangkap dan di gari dan dimasukkan ke lokap? Fikirkanlah...

"Sesiapa yang taat kepada Ku, beerti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaKu bermakna dia derhaka kepada Allah; sesiapa yang taat kepada pemerintah bermakna ia taat kepadaKu, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bermakna ia derhaka kepadaKu." (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).

BERSIH 2.0- "Bersama Kita Tumbangkan kerajaan Sekarang"- Woww... tengok tagline di gambar atas tu pun sudah cukup menakutkan. Wajarkah seorang yang mengaku dirinya Islam menyokong kehendak sedemikian ???  Tolong!!!!! Fikirlah!!!!!


No comments: