Alhamdulillah sempat juga orang-orang kampung saya menggunakan surau baru pada bulan ramadhan ini. Surau lama agak sempit dan tidak mampu menampung kapasiti penduduk kampung yang semakin bertambah kerana adanya taman-taman perumahan yang dibangunkan sekitar kampung.
Surau 2 tingkat ini telah diusahakan di atas tanah yang didermakan oleh seorang hamba Allah yang amat baik orangnya dengan ditampung sedikit kos pembinaan dari duit-duit orang kampung, selebihnya termasuk upah pekerja didermakan oleh hamba Allah tadi. Apakan daya dia tidak sempat merasa surau baru ini kerana Tuhan lebih menyayanginya.
Beliau telah kembali ke sisi penciptaNya sebulan yang lalu semasa menunaikan umrah, siapa tahu ajal dan maut kerana semuanya ketentuan Allah,dia tidak mengadu sakit malah memohon mempercepatkan tarikh umrahnya yang sepatutnya dijadualkan dua minggu sebelum bulan puasa. Hari kedua tiba di Madinah dan dia meninggal disana. Alhamdulillah kerana ajalnya ditempat yang sangat mulia, sangat hampir dengan nabi kita yang dikasihi, bertuah sungguh dia... saya mendoakan agar segala jasanya kepada orang-orang kampung saya dibalas dengan pahala yang tidak terhitung, diterangi kuburnya dan dijauhkan dia dari azab kubur. InsyaAllah.

No comments:
Post a Comment