FOLLOW ME

Tuesday, January 1, 2013

Mula Semula

Salam semua,

Laaaaaamaanya saya tak menulis di sini, sunyi sepi gelap gulita! Saya perasan kawan-kawan yang lain pun agak lama menyepi, mungkin dan saya pasti kerana kesibukan menjalankan rutin harian, menjadi ibu, isteri, pekerja, anak -semuanya dalam satu masa pasti memerlukan pengorbanan masa yang maha hebat.

Hari ini bermula episod baru buku kehidupan saya, memulakan firma guaman atas nama sendiri, berbekalkan keazaman dan sokongan kuat dari suami, kami bersepakat menggunakan nama SAIFUL & NOR menggantikan Lin & Associates, kemaman yang mana walaupun tarikh asal kami mula bekerja sendiri adalah pada 1.9.2007 namun secara rasminya, 1.1.2013 adalah tarikh kami melangkah berdikari tanpa perlu melibatkan nama orang lain. Hari pertama today so far berjalan dengan baik dan lancar, Alhamdulillah.

2013 juga saya mula berjinak dengan dunia niaga, memang sudah darah daging menjadi anak peniaga kot jadi perasaan di hati memang teramat gembira bila dapat mengisi masa berjualbeli secara online. Niat untuk mencari pengalaman sebagai peniaga sudah dipenuhi, walaupun kecilan. Jadilahkan!. So, macam biasa promosi sket, bolehlah kawan2 berkunjung ke kedai maya saya ni, stok pun dah tak banyak sbb jiran2 ramai yang beli borong, sampai 4-5 pasang seorang, saya mcm biasa, hepi jer. hehehe

Oklah, cukuplah sikit sebagai permulaan, sekarang masih musim hujan, masih berdebar menunggu jangkaan ombak kedua banjir yang dijangka melanggar Terengganu bila2 masa, wave yang pertama memang dasyat sepertimana laporan akhbar2, contohnya kat depan surat khabar metro yang tunjukkan gambar perumahan Bukit Mentok yang hanya nampak atap. Sekarang hujan lebat masih berterusan di Terengganu dan dah ada 4-5 pusat pemindahan dibuka, di kemaman tempat saya alhamdulillah masih ok malah hari ini matahari dah keluar sikit. Lega. Saya ada juga snap 2-3 pic masa banjir yang pertama hari itu, boleh lawat fb saya untuk tengok gambar2 banjir.

Oklah, lain kali tulis lagi, babai. Wassalam.

No comments: