FOLLOW ME

Wednesday, July 2, 2008

2 MINGGU YANG KURANG MENCERIAKAN

Hari ini masuk 2 minggu sakit telinga. Asalnya sakit simple jer. Oleh kerana masa terasa sakit tu hari jumaat, so terpaksa cari klinik 24 jam. Klinik biasa tak buka. Weekend. So saya pergi ke satu klinik ni, known as Poliklinik Ibnu Sina. Problemnya Klinik ni, doktor selalu tukar2. Mula2 pergi, satu doktor perempuan, advise utk saya ambik ubat titik, ponstan dan antibiotik. 3 hari kena datang semula untuk cuci.

Slps 3 hari, pergi smula ke klinik yg sama. Tengok2 doktor lain pulak. Also a lady. Saya bagitau doktor haritu suruh saya dtg smula utk cuci. Tgk doktor ni saya kurang confident skit sbb nampak muda, mcm baru practice. Tapi takpalah, dalam hati dia tahulah apa yg dia buat. kan dia doktor!! So dia pun cucilah telinga..... sakit wooo!
Dia kata next week datang smula sbb nak tengok condition.

Ok.Dalam hati mungkin dah hampir tamat kesengsaraan sakit telinga ni.Tapi dalam nak tunggu next week tu, telinga ni makin sakit. Berdenyut2. Ingatkan biasala sbb lps cuci.. tapi makin hari makin sakit.Pelik! Tak sampai seminggu, saya pergi semula ke klinik tu. Tak tertahan dah kesakitannya.

Bila masuk bila doktor, walawe.. doktor lain pulak dah. Doktor lelaki. Dia check telinga, katanya nampak teruk, ada infection dan bengkak. Saya tanyala kenapa jadi macam gitu, dia kata maybe doktor cuci tak habis. Telinga basah, so senangla dapat jangkitan. Dalam hati, sapa yang salah... doktor klinik dia jugak!! Doktor lelaki ni sumbat telinga saya dengan kapas, pesan jangan kena air. esok kena datang semula untuk cabut kapas.

Macam biasala, datang esoknya, doktor lain pulak, dia doktor yang pertama saya jumpa aritu. Dia kata telinga tak kurang pun bengkak. hah ???? geram. Cilakak doktor, sumbat telinga buat hape!! Dia kata, ambik ubat titis baru, antibiotik dgn ponstan. Kena datang smula seminggu lagi. Dalam hati... apa nak buat, dah nasib badan.

Hari ni saya pergi smula ke klinik. Dalam hati, whatever happen, taknak datang dah. letih wooo. Masuk bilik doktor.. ooo tidak. Doktor inilah yang menyebabkan telingaku kena jangkitan!! Dia tanya tak baik lagi?? Hek eleh.. dia yang bagi jangkitan tanya kita pulak. Saya kata sakit masih tak kurang. Dia pun senyap kejap. Last2 dia bagitau nak refer kepada specialist sbb telinga bengkak teruk. Walawe.. dari dulu kenapala tak nak refer?? Dia advise suruh pergi hari ni jugak. Surat sekeping=RM10.

Masuk kereta, saya pikir bolehke specialist buat apa2 hari ni, sbb telinga tengah bengkak. Aleh2 ,mesti suruh datang smula. dahla specialist tu jauh, kat Kuantan. Nak pergi pun dah 40 minit. Saya bagitau suami yang tengah drive tak payah pergi lagilah Kuantan. Nak pergi satu klinik lagi. Klinik yang ini memang ok, cuma lambat sikit sbb orang selalu ramai.

Masuk jumpa doktor, dia kata telinga tengah bengkak. So tak boleh buat apa2(memang tepat jangkaan saya!) Kena sambung ubat antibiotik. Dia bagi ubat titis baru. Next week datang balik. So sehingga ke saat saya menulis di blog ini, telinga masih sakit, cuma rasa berdenyut dah kurang sikit. Harap2 ubat titis yang baru ni berkesan. Amin!!

1 comment:

kin hashim said...

wa...rumah cat baru plak... romantik je rase..heheh..eh, manapegi chat box ari tuh? pasal ape tak buh?