Dear fren,
Saja jer nak menulis berkenaan FMC package by Bank kat dalam ni sebab ramai yang salah faham apa maksud free moving cost (FMC) yang sekarang tengah dioffer oleh banyak bank especially CIMB dan RHB kepada Customer.
Selalunya apa yang akan diberitahu kepada Customer adalah Bank tanggung semua fee including lawyer fee n disbursement. Tapi sebenarnya bukan semua, yang Bank tanggung separuh saja, iaitu fee yang melibatkan dokumen-dokumen bank termasuk stamping bagi Facility Agreement (conventional loan)atau Property Sale Agreement (untuk islamic loan) yang mana kebiasaannya lawyer akan ambik 1% daripada total loan amount dan bayaran stamping yang harus dibayar kepada Pejabat Duti Setem iaitu 0.5% daripada jumlah pinjaman untuk prinsipal dan RM10 untuk setiap salinan/pendua. Bayaran ini kebiasaannya akan ditanggung oleh Customer tetapi sebaliknya akan ditanggung oleh Bank jika pinjaman dibuat dibawah Pakej FMC.
Jangan terkejut jika kemudian anda masih menerima panggilan telefon daripada lawyer meminta anda membayar bil kerana apa yang bank tanggung adalah untuk gadaian sahaja. Bagi urusan pindahmilik (tukar nama) daripada nama penjual kepada nama anda, kesemua kos yang timbul daripada urusan tersebut akan ditanggung oleh anda sepenuhnya walaupun anda mengambil pakej FMC dengan Bank. Yang merugikan adalah kebiasaannya kos pindahmilik adalah lebih mahal daripada kos gadaian kerana pengiraan jumlah untuk stamping (mati setem) borang pindahmilik bukan tetap 0.5% sebagaimana gadaian, tetapi mengikut skala jumlah pindakmilik iaitu 1% untuk RM100,000 yang pertama dan meningkat mengikut skala yang telah ditetapkan oleh Pejabat Duti Setem.
Bila difikirkan semula, mungkin satu kerugian kerana faedah yang harus dibayar oleh anda kepada Bank dibawah FMC adalah lebih tinggi berbanding faedah dibawah pakej biasa (bukan FMC). Walau bagaimanapun, bagi yang memikirkan untuk mendapatkan duit bagi membayar kos guaman untuk kedua-dua transaksi (gadaian dan pindahmilik) yang mungkin mencapai RM5000 untuk rumah yang berharga RM150,000-00 adalah lebih baik untuk mendapatkan pakej FMC kerana kos yang ditanggung adalah separuh sahaja.
Oleh yang demikian, harapnya anda membuat pilihan yang tepat supaya dapat membuat anggaran perbelanjaan yang tepat yang akan dikeluarkan oleh anda apabila berniat untuk membeli rumah satu hari nanti. Semoga dapat membantu!
Salam.
FOLLOW ME
Tuesday, October 28, 2008
Monday, October 13, 2008
Lepak di Taman KLCC
Sedap jer dengar tajuk kat atas tu, lepak.. hehehe cam betul jer... sebenarnya bukanla lepak sangat pun, cuma berehat seketika sebelum bertolak balik ke Kemaman. Sampai di KL, Jumaat 101008 untuk ambik ubat di IJN. Stay one night dkt The Zon on the Park, service apartment ni kiranya tempat favourite untuk menginap kalau ke KL sebab senang nak ke Suria KLCC (jalan kaki)dan juga bersebelahan Taman KLCC. Petang tu bawak Jihah dan Dhirah ke Taman. Kesian sebab takleh main lama. Nak ribut. Keesokkannya jam 0930 bertolak balik ke Kemaman.
On the way back, kami singgah di Endah Parade kat Sri Petaling untuk makan. Dua budak kecik tu nampak tempat mainan kat dalam Carrefour, apa lagi, sambung main!!!
Sampai di Kemaman lebih kurang 1630 petang. Adik muntah dalam kereta sebab batuk. Kesian dia.
Thursday, October 9, 2008
SELAMAT HARI RAYA!!
Tahun ni kami sekeluarga beraya di kampung saya, Kg Bukit Payong, Marang sebab mak saya masih tak boleh gerak, patah peha seminggu sebelum puasa, tahun lepas pun di Bukit Payong jugak sebab saya masih dalam pantang kerana bersalin. Nadhirah sekarang sudah 1 tahun. Tahun depan InsyaAllah kalau tiada aral melintang, kami akan beraya di Kerteh, rumah abang ipar yang sulung sebab ayah mertua ada disana.
Dua hari sebelum raya, kami bungkus tapai. Kakak saya n suaminya yang duduk kat Sabah diberi tugas untuk cari daun getah kat kebun ayah, sian dia. Takpa la Alang, bukan selalu kena suruh.. heheheh.. Saya pulak kena basuh beras pulut, 10 cupak. Banyak tuh!!! lenguh gak tangan ni, tapi takpala.. kena ikhlas.. :-) Kakak saya yang sulung tukang kukus dan letak ragi. Dia kata masa letak ragi kena senyum sokmo, baru tapai jadi manis (karut!!) hehehe... Tokwan pulak tukang kerat lidi. Husband saya tak campur, jaga Nadhirah jer, dia kata dia dah profesional dalam hal2 buat tapai nih, so kena bagi kat amatur pulak supaya pandai macam dia.. [yelah tu abang!! :-)]. Petang tu aktiviti membungkus tapai dengan daun getah sampai dekat asar. Letih!!
Kami raya tahun ni bertema warna kelabu tahi anjing (huduhnya bunyi kaler tu). Suami la nak sangat warna tu, Najihah nak warna pink, tapi pikir2 macam tak best la pulak baju melayu warna pink, so semua setuju warna kelabu untuk raya tahun ni. dhirah tak paham mende pun, dia hepi jer.
First day raya tahun ni tak banyak beza macam yang lepas2, boleh dikatakan kebanyakan sepupu sepipit dan anak beranak lain datang kerumah ayah, tahun ni kami satu famili, ayah dan abang2 ipar serta anak2 saudara pergi dari rumah ke rumah yang berhampiran, tahun lepas tak sempat. Najihah dan Nadhirah cukup hepi sebab kutip duit raya. Ruginya sebab tangki perut saya ni kecik, tak boleh nak makan banyak2, First day raya saya pening dan asyik sendawa (buruk betul perangai). :-), mungkin sebab makan tapai banyak sangat dan minum air berkarbonat kot.. ntahla..
Hari kedua raya bersamaan hari lahir Najihah- 2.10.03, dah lima tahun dia.. besar dah anak dara kami ni.. Tahun ni celebrate sekali dengan abang ipar yang sulong, tarikh lahirnya sama, cuma umurnya berbeza.. memang berbeza!! (macam iklan senheng!) Kakak saya tukang beli kek dan belon. Najihah terkedu sebab orang nyanyi birthday untuk dia... terharu tgk kegembiraan diwajahnya.. Terima kasih Ceklong untuk birthday party cum rumah terbuka. Nadhirah cam biasa..hepi sokmo!
Raya keempat kami ke airport untuk hantar anak saudara balik ke Germany, anak abang husband saya. Abang ipar saya yang sulong ni namanya Ir Hj Ahmad Nazari, sekarang menetap di Kerteh sebab dah buka ofis sendiri disana, MECIP Global Engineers Sdn Bhd, di bandar baru Kerteh. Ayah mertua dan abang ipar no.2, Badrul Hisham dan famili dia pun ikut sekali ke airport. Imi berlepas ke KL 430ptg via MAS. Babai n take care Imi, jumpa lagi tahun depan!!!
Raya tahun ni alhamdulillah berjalan lancar dan tiada insiden2 yang tak best, semuanya best belaka. Untuk kawan2 dan sahabat yang mengenali diri kami sekeluarga, SELAMAT HARI RAYA dari kami sekeluarga.Maaf Zahir dan batin.

Subscribe to:
Posts (Atom)