FOLLOW ME

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tinggal 2008

Hari ni 1.1.2009, Alhamdullilah saya masih lagi diberi peluang oleh Yang Maha Kuasa untuk merasai kedatangan tahun baru, masuknya tahun 2009 bererti usia pun bertambah dan anak2 juga akan semakin dewasa.

2008 memberikan saya kenangan, ada yang indah dan ada yang pahit, nama pun kehidupan, pasti ada asam garamnya. Bak kata orang tua-tua, yang pahit ditelan, buat pedoman untuk masa-masa mendatang. Banyak ujian dari Allah untuk saya dan keluarga; pembedahan saya, mak patah kaki, ayah masuk hospital.. namun saya pasti setiap dugaan itu ada hikmah dan saya redha dan bersyukur kerana dugaan itu mendekatkan saya kepadaNya.

Untuk suami saya, terima kasih kerana sentiasa disisi, menemani saya dalam suka dan duka sepanjang 2008. Untuk ibu, bapa dan tokwan saya, semoga tahun 2009 memberikan kesihatan yang lebih baik untuk mereka, Untuk anak-anak saya,semoga mereka membesar menjadi anak yang baik dan solehah. Untuk Kakak saya, Norsiah(7.1) & Norhashimah (2.1), Abang Ipar saya,Abang Sham (1.1)dan kawan akrab saya, Rukini (4.1) Selamat Hari Lahir dari saya, semoga tahun ini memberikan lebih keceriaan untuk kita semua.

Selamat Tinggal 2008, Selamat Datang 2009!



2 comments:

one-areyou said...

so cute jihah dengan baju astronout tu. Sheikh Muzaffar nak pinang, kecik lagi.haha. Adik tu kenapa plak. Realiti atau main-main dengan nebuliser tu. Tapi jie and family memang diduga dengan macam-macam dugaan sakit tahun 2008 ni. Banyak bersabar, insyaalah ada hikmahnya. Anyway, Slm Maal Hijrah and Happy New Year..

kin hashim said...

jie, moga hari2 akan datang yg akan dilalui lebih baik daripada hari2 yg telah berlalu.. pengalaman lepas jadi semangat untuk meniti hari2 yg mendatang..mudah2 an.. :).

e'eh...nama kita pun ada dlm posting nih? heheh..time kasih :).