FOLLOW ME

Sunday, February 22, 2009

Keluarga Saya

Hahaha..tajuk post macam esei darjah 3, ye la.. dulu masa cikgu suruh buat karangan malas, dah tua2 ni rajin pulak nak menulis.

Saya sebenarnya merasakan walaupun dah lama saya menulis di blog ini tapi saya tak pernah nak intro family saya, asal usul.. manalah tau antara kawan-kawan yang baca blog saya ni tetiba rasa familiar nama kg saya ke, nama mak saya ke , ayah saya ke, kakak2 saya ke.. manalah tahu kita ni sebenarnya sepupu sepipit ..manalah tahu kan :-)

Ayah saya namanya Haji Awang Bin Taha, tok imam kat Masjid Kg Padang Mengkuang, Bukit Payong, Marang, Trg. Timbalan YDP kat rumah anak-anak yatim Darul Falah, Marang. Anak bongsu dari 3 beradik.

Ayah yang sentiasa seksi, ada pejabat sendiri kat rumah.

Ayah saya ni sangat tegas orangnya, sekali marah senyap semua org kat dlm rumah. Saya ke sekolah pun dari darjah 2 sampailah darjah 5 kena naik basikal, 3 km tu.. hehehehe..ayah kata kena belajar berdikari (nak gi sekolah pun kena berdikari..huhu). Teringat saya satu peritiwa, masa tu saya darjah 3, ayah dah pesan suruh lalu jalan belakang kg untuk ke sekolah tapi jalan tu jauh sikit, sunyi pulak tu.. saya ni dengan sepupu ambik shortcut ikut jalan besar, haritu dah la first time lalu jalan tu, jatuh pulak dalam longkang besar sebab lori bunyi horn, terkejut giler... longkang pulak depan balai polis, pagi tu tak gi sekolah, polis hantar balik rumah (basikal letak dalam bonet) bila sampai rumah nangis dulu, takut ayah marah.. bila ingat balik rasa bodoh dan kelakar :-) Nasib baik ayah rilek jer aritu.. selamat!

Ayah sangat suka berkebun dan pernah dianugerahkan Peladang Jaya Kebangsaan, tahun 1999 kalau tak silap. Bangga tengok ayah terima hadiah dari Tun Dr Mahathir (masa tu Dato' Seri) kat Bukit Cahaya (dulu Bukit Cerakah), Shah Alam. Dulu ayah banyak kebun durian tapi disebabkan usia yang semakin lanjut, sekarang dia maintain satu kebun jer dekat Binjai, Marang,boleh tahan keluasan kebun tu sebab boleh ronda2 dgn pajero buat tawaf 7 kali keliling pokok durian +- 50 batang :-). Saya buat jemputan terbuka untuk kawan-kawan datang makan buah durian kat kebun ayah akhir tahun nanti, pergi sekarang tengok pokok je lah, buah zero!. hahahaha

Mak saya Rafeah Binti Ismail, suri rumah + part time ajar mengaji untuk budak2 yang minat nak blajar baca Quran, mak saya ni dapat elaun KAFA tapi tak pernah nak pergi ambik, masa dia muda dulu ramai student sampai 30 orang satu petang, sekarang mak dah tak mengajar quran, tak berapa sihat, tapi kalau ada parent datang mintak tolong, dia tetap terima, currently ada 5 orang yang mengaji dengan mak saya. Mak saya ni anak bongsu dari 7 beradik, adik beradik mak ramai yang dah meninggal, sekarang ada 3 jer (termasuk mak saya). Tokwan dan Tokki belah mak pun dah lama meninggal, sekarang saya hanya ada satu tokwan saja, mak kepada ayah saya.
Yang ni gambar masa buat tapai untuk bulan puasa last year, baju biru bunga2 tu tokwan saya, umur dah masuk 90 tahun tapi masih boleh jalan kaki ke surau setiap subuh dan maghrib. Alhamdulillah.

Saya ni no.5 daripada 6 beradik. Adik beradik saya dari no.1 sampai no.5 semuanya perempuan, yang bongsu sorang jer lelaki. Adik beradik saya ni kebanyakannya kerja gomen, cikgu dari sekolah menengah sampailah ke pra-sekolah, semua ada! Kakak saya yang no.3 kerja di RTM Sabah dan adik bongsu sebagai Timbalan Pengetua di Darul Falah. Semua dah kawin.

Ni adik saya yang bongsu & isteri.


Fuhh..letih dah tangan ni, panjang kalau nak citer kakak2 saya... InsyaAllah, kalau rajin saya citer lagi.. Salam.

Thursday, February 19, 2009

Taska Oh Taska

Teringat satu peristiwa yang saya alami sendiri dengan taska anak yang saya ingin kongsi bersama.

Anak saya yang sulung dihantar ke Taska ini sejak dia berumur 8 bulan sampailah bulan lepas. Kiranya anak saya antara warga emas lah kat Taska tu.

Mula2 dulu service yang diberikan sangat baik. Makan pakai semua ok. Sekali-sekala ada gak lebam kat lengan anak bila ambik dari Taska, dia kata cikgu (panggilan untuk pekerja kat situ) cubit sebab dia degil. So, kiranya takpalah sebab dia pun faham kenapa dia kena cubit. Tapi lama-lama adalah juga peliknya sampai anak saya langsung tak nak pergi Taska, menangis-nangis dia, dia kata takut kat cikgu. Saya masa tu tak ada pilihan melainkan terpaksa hantar jugak, apalagi, meraung la anak saya bila sampai kat depan pintu pagar taska. Bila ambik waktu petang lebih kurang jam 5, ok pulak dia, happy semacam jer..

Then bila dah ada baby no.2, saya hantar kat tempat sama jugak, sebab kakaknya dah ada kat situ, so senang kakak boleh tengok-tengokkan adik. First three month ok, lepas tu mula start masalah bila ramai penjaga yang berhenti, asyik bertukar ganti every 2 bulan. Tak tahu apa masalah, management maybe.

Memandangkan anak saya yang no.2 mempunyai masalah lelah, jadi bila ada baby yang selsema, petang tu confirm dia pun akan selsema juga, lepas tu akan berlarutan lah sampai tahap kena nab dkt klinik sebab tak leh bernafas, lelah dia memang teruk. Lepas tu kalau tengok kat punggung selalunya dalam seminggu mesti ada merah, kat punggung dan cekXXX (censored hahahah..) cakap ngan husband mesti diorang tak tukar pampers atau bila baby berak, tak basuh terus.. kesian tengok anak saya tu..

Untuk tahun 2009, dah naik yuran bulanan, untuk Jihah, sepatutnya 100 dah jadi 110 (RM100 sebab transit, pagi dia gi sekolah, yuran penuh 160) adik pulak dari RM180 ke RM190, lepas tu kena bayar untuk peralatan setiap seorang RM50-00, maknanya saya x2 lah =RM100, so total semua RM400-00. Tak kisah kalau dapat jaga anak dengan baik, bukannya berkira sangat pun.

Lepas bincang dengan suami saya plan nak ambik helper sebab kesian tengok anak, tapi tak sangka pulak dapat cepat, helper sampai kat rumah 9.1.09, yuran taska saya dah bayar RM400-00 on 7.1.09 untuk bulan Januari. Lepas tu minggu depan saya pergi la kat Taska bagitau tak hantar dah anak sebab dah ada helper kat umah, then tanyalah terus pasal yuran yang saya dah bayar tu.. guess what??? Diorang kata tak boleh refund ... huh??? biar betul... dia kata sebab hantar anak2 lebih seminggu kat situ so duit tu kira burn lah.. yuran peralatan pun kira burn jugak... walawe... memang tahap along lah.... kawan saya pun nasib macam tu jugak, kena bayar penuh untuk bulan tu walaupun tak hantar anak 2 minggu.. kesian...

Ikut hati memang nak hantar jer surat layang suruh pulangkan balik duit saya tu tapi pikir-pikir tak best la pulak lepas tu.. mesti panjang cerita.. itulah pengalaman saya dengan taska, saya diberitahu sekarang dah tak ramai orang hantar anak dekat taska tu, pekerja pun tinggal 3 orang jer.. . kena ingat sentiasa, rezeki tak kemana, kena sentiasa ikhlas dan jujur dalam semua perkara. Tuhan lihat apa yang kita buat.... salam

Wednesday, February 4, 2009

Najihah yang suka melukis


Malam ni Najihah tersangatlah tekunnya melukis kat laptop. Dah lama saya perasan dia lebih cenderung kepada lukis melukis & kira-mengira, kalau suruh tulis perkataan, 2 minit confirm cabut ah.

Tadi pun asalnya dia mintak saya buka word sbb nak menulis, tak panjang pun perkataannya "nama saya Najihah, saya .." lepas tu terus tak mahu tulis dah. Hehehe, kiranya 1 minit je, lepas tu cam biasa ah.. kuarlah idea-idea pelik lagi kelakar kat kepala dia.



Gambar katun ni dah banyak kali dia lukis, ada yang terjelir, ada yang pakai topi, ada yang pakai kain, kiranya macam-macam ada (macam astro!) tapi malam ni dia lukis katun tu simple jer, asalnya katun tu takdela cacat mcm tu, cukup lengan semua, tapi dia lukis tak cantum habih so bila masukkan kaler habih la mana yang tak tertutup tu jadi satu warna. Lepas tu dia lukis gambar ni...



Macam mana? Ok jugak kan!

Finally!

Yes!! ARShavin is now ARSenal's!!! Finally!!! yahuuuu!!



ESPNsoccernet today- "The Premier League have confirmed Andrei Arshavin is an Arsenal player after approving his move from Zenit St Petersburg. Both the Gunners and the player himself had endured an anxious wait after a race to get a deal agreed, signed and sealed on deadline day.

The 27-year-old moves to the Gunners for an "undisclosed fee on a long-term contract" as is now the statutory transfer statement at the Emirates.

"I am so happy to be joining Arsenal. They are one of the leading football clubs in the world, with a group of fantastic young players and a great manager,'' he said.

"I am looking forward to making the Arsenal supporters happy and helping this great club win trophies. I'm happy to be an Arsenal player, it was my dream.
"



ARShavin now joining ARSenal and ARSene wenger. The magic "ARS" ! Watch out red devils! Can't wait this weekend fixture- against SPURS. Hopefully we win!

Monday, February 2, 2009

IJN

Saya, suami & ayah bertolak ke KL 2 minggu lepas sebab ayah ada appointment dengan Dato' Dr.Amin Ariff di IJN 21/1/09 @ 2pm. Bertolak dari Kuala Trg jam 0400 (belum subuh lg tuh!!!) sebab Ayah tak lena tidur. Plan asal nak bertolak jam 0500, kiranya awal sejam jer la dari plan asal. Target sampai KL +5 jam. Jam 0600 berhenti sekejap kat R&R untuk solat subuh, 0730 di Genting Sempah untuk breakfast (tersangatlah sejuknya pagi tu), 0820 dah check in di Brisdale Hotel, K.L. hahahaha..laaaajuuuuuu.

Ayah's appointment jam 1400, jam 1300 dah ready di IJN. +- jam 1500 baru nurse panggil ayah untuk stress test, lepas siap stress test baru gi jumpa pakar. Dr Amin cakap saluran jantung ayah mungkin tersumbat semula sebab result stress test tak OK. Muka ayah dah berubah sikit sebab ingatkan result ok. Doktor fix bulan 5 utk next appointment dan scan jantung sebelum decide samada utk operate @ tidak.

Keesokan harinya ke Shah Alam untuk appointment saya dengan Pakar ENT, Dr Satwant. Checknya simple jer, tak sampai 10 minit, gi ambik ubat, bayar RM640. Hahaha, dalam hati lepas ni aku tak nak datang dah. Sebabnya dari bulan 8 hari tu gi jumpa doktor ni tapi sampai sekarang masih tak ada perkembangan yang baik, mula2 sabar lps tu fed up lah. Bukan sikit kena bayar skali jumpa. Last2 doktor ni cadangkan saya buat operation jugak kat belakang kepala sebab tak tahu tahap keseriusan penyakit saya ni, alahai.. kenapa tak cakap awal2 dulu, senang mcm kat Kuantan Specialist, first time jumpa terus nak operate. Ambik ko... abih cerita.

Masa kat hospital ni husband saya 'derma' telefon Samsung yang baru dibeli tak sampai 2 bulan kat tandas, hahahaha.. sian dia.