FOLLOW ME

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aildilfitri.

Salam semua,


Di kesempatan ini, mohon maaf kepada semua kalau ada terkasar bahasa, tersalah komen, tersilap kata...mohon ampun & maaf, zahir & batin. Pada yang mengenali rumah mak saya di Bukit Payong, jemputlah datang hari kedua dan keatas sbb hari pertama kami sekeluarga akan beraya di kerteh, rumah abang ipar yang sulung kerana meraikan ayah mertua yg akan beraya disana.

Ketiadaan ibu mertua saya yang sekarang sudah 4 tahun meninggalkan kami menerima jemputan Ilahi meninggalkan kesan hiba di hati, maklumlah kalau dulu dialah yg paling sibuk menjahit baju raya cucu-cucu, sampul raya pun buat sendiri, tambahan ibu mertua meninggal tanggal 21 Ramadhan, 9 hari sebelum raya. Jadi setiap kali menjelmanya Ramadhan akan menggamit memori mengimbau kenangan hari ibu mertua saya meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Sedih memanglah sedih tapi tetap redha dan sentiasa berdoa semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Untuk semua, semoga raya tahun ini lebih bermakna dan lebih ceria dan raikanlah dengan perasaan syukur bahawa kita masih lagi diberi peluang untuk beribadat kepadaNya sebelum dipanggil kembali untuk kehidupan yang hakiki. Saya berdoa dan berharap agar Allah menjemput saya dan suami berserta anak2 untuk meraikan Ramadhan dirumahNya Al-Haram pada tahun yang mendatang. Amin. Selamat Hari Raya semua!



1 comment:

kin hashim said...

selamat hari raya, maaf zahir batin jie..tahun depan kita jumpa, insyaAlla :).