Kes Nurin Jazlin belum pun lagi pembunuhnya dapat ditangkap, tambah lagi dua orang budak yang sampai sekarang masih hilang- Sharlinie &Asmawi menyusul menjadi tajuk akhbar untuk seberapa seketika. Hari ini (22/12/09) mayat seorang lagi kanak-kanak ditemui di dalam kolam tadahan air di Semarak, K.L. Mayat itu ditemui dengan kesan leher dijerut dan dipercayai telah dirogol sebelum dicampakkan ke dalam kolam tadahan tersebut kerana mangsa telah ditemui dengan hanya memakai baju tidur tanpa seluar dalam.
Yang saya pelik tak ada pulak polis buat rondaan atau spotcheck dari rumah ke rumah untuk mencari suspek2 sedangkan lakaran dahpun ada, buat sekejap tak sampai sebulan, lepastu dgn polis2 lesap.. hantarlah polis untuk meronda di kawasan2 perumahan, buatlah sekatan jalan raya setiap masa! Saya rasa kerajaan perlu buat ini semua kerana ramai lagi anak2 kecil yang akan meningkat jadi dewasa.. bagaimana kalau hal ini berlaku pada kita, anak hilang tapi kuburnya dimana... sedih....nauzibillah...
Semoga pemerintah negara tidak hanya mengejar kemajuan tapi dapat memberikan perlindungan yang secukupnya kepada rakyat yang mahukan keamanan dan bebas dari ketakutan sosial dan jenayah.. semoga janji yang diberikan tidak hanya menjadi agenda kepentingan politik sendiri tetapi dileraikan dengan kesungguhan melalui perbuatan..tolonglah!!!
Mayatnya dengan kesan leher dijerut ditemui di ibu negara kira-kira pukul 11.30 pagi ini. Lebih sadis lagi, mayat kanak-kanak malang tersebut ditemui terapung dipercayai dicampak dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini. Mangsa berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun dipercayai dirogol. Mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kanak-kanak itu yang berkulit gelap mempunyai ketinggian kira-kira 1.2 meter.Ketika ditemui, kata beliau, mangsa hanya memakai baju tidur tanpa seluar dalam.Menurut Zakaria, siasatan awal mendapati, leher mangsa telah dijerut ketat dengan sehelai kain.
“Mayat kanak-kanak itu dipercayai dicampak ke kolam tersebut dalam tempoh 24 jam lalu. Selain kain itu, kita tidak menemui objek lain yang boleh dikaitkan dengan pembunuhannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata, mayat kanak-kanak malang itu yang ditemui oleh tiga pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikeluarkan dengan bantuan skuad penyelamat pihak berkuasa tempatan itu.
Menurut Zakaria, identiti mangsa masih belum diketahui dan polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Tambahnya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis akan memperincikan siasatan selepas laporan bedah siasat diterima.
Renung-renungkanlah.
-Salam-
No comments:
Post a Comment