FOLLOW ME

Monday, December 14, 2009

Ikhtiar

Rasanya dah 3 minggu sakit telinga saya ni datang semula, makin lama makin kuat bunyi dengung bunyi sabdu mcm2 bunyi la dlm telinga tu.. dah pergi klinik tapi dr kata tak berani nak usik sbb bekas operate. Dr kata tumbuh balik apa kebenda namanya benda tu (tak ingat) kat dalam telinga tapi jauh ke dalam. Dr suggest saya pergi jumpa pakar semula. ish saya pikir kalau jumpa pakar maknanya nak kena operate balikla for 2nd time sbb dulu lepas diberi tarikh untuk 2nd operation terus saya menghilangkan diri.. tak mau dah rasanya nak masuk OT lagi..

Last week balik kg ambik batang pokok sumbo keling- huduh bunyi tapi banyak khasiat, asah dengan kemeyan dan titik kan dalam telinga, alhamdulillah berdenyut dah hilang tapi bunyi dengung dan sewaktu dengannya masih maintain.. so semalam ada kawan suggest utk pergi try ngan makcik ni yg duduk lebih kurang setengah jam dari bandar Chukai, saya kata ok, ikhtiar je lah.

So dalam kul 11 pagi tadi saya dgn suami pergi rumah makcik tu, disuruh bawak telur ayam kampung dan air mineral untuk dibuat air tawar. Orangnya muda lagi, dalam umur 45++ gitu, saya disuruh baring, telur ayam digosok2 sekeliling telinga dan bawah bahagian tengkuk + mulutnya membaca ayat2 yg saya tak berapa jelas ayat apa, maklumla sound trouble. :-).. dalam lebih kurang 40 minit, dia suruh saya bau telur tu, uishhh busuk giler..bau macam nanah dan telur tu pun rasanya panas, dia kata guna telur untuk sedut penyakit tu dan masukkan dalam telur tu, lepas tu dia pesan untuk saya lumurkan bedak sejuk dengan air daun setawar sekeliling telinga sebab urat kat bahagian belakang telinga bengkak.

Kata hati saya, harap2 cara ni boleh sembuhkan penyakit saya ni, kalau sembuh alhamdulillah, kalau tak, cuba lagi kat lain, maybe lepas ni nak ke Hospital Tong Shin kat Pudu, atau maybe ke Kota Bharu..kena usaha sikit.. semua yg berlaku kuasa Allah dan izinNya, perlu berusaha, berikhtiar dan bertawakkla.. InsyaAllah saya akan ok...

2 comments:

kin hashim said...

Sakit lama mari balik jie...sian la plok...ikhtiar je la apa2 pun jie, asalkan yang munasabah dan halal la..hehhe... Moga2 usaha dan doa jie dimakbulkan.amiin.

SHARIFAH ASIAH said...

Gie, mai kita try 4life, imun balik badan kita...insyaallah selamat..