Minggu pertama 2010
- 1hb-Balik K.Trg menjenguk tokwan yang tak sihat, 2010=96 tahun juga hari ni Birthday Abang Ipar-Badrul Hisyam. Happy Birthday Tehchang! Balik ke kemaman @4pm. Esok ke sekolah untuk daftar Najihah.
- 2hb-di sekolah @ 9.00pagi. Bayar yuran pendaftaran RM64-80. Hari ni birthday Alang-Kakak saya yang ketiga, 2010=41 tahun..Happy Birthday Alang.. Sakit kepala dari petang dan tak kurang2 hingga malam. Kena prepare baju sekolah Najihah dan baju Adik untuk ke Taska, esok kena siap awal..first day ke sekolah.
- 3hb- Hantar Najihah ke Sekolah kebangsaan Binjai- First Day at school. Alhamdulillah semua Ok. kul9.00 masih lagi disekolah-taklimat ibubapa. @10 di pejabat, fail bertimbun..mata rasa kabur dan kepala start berdenyut..
- Sakit kepala lagi.. semakin teruk, lepas hantar Najihah mengaji di Tadika Raudhah decide nak rehat dirumah tapi suami bgtau abg call dan inform ayah mertua masuk ward. Suspect mild stroke. Berkemas ala-kadar dan ambik anak-anak di Tadika terus menuju ke K.T.Alhamdulillah Ayah stabil, terlampau kurang gula dlm darah.
- balik semula ke kemaman sbb esok Najihah kena ke sekolah, arrive@1 pagi. Letih.
- 4hb- Hantar Najihah macam biasa
- Hari ni birthday kawan saya, Dr Rukini Hashim, antara ramai-ramai kawan, dia yang saya paling ingat, mungkin event pembuka setiap tahun baru..Happy 33rd Birthday Kin.
- @6pm suami bertolak ke K.T untuk jaga ayah waktu malam.Tinggal 3 beranak, sedikit takut sebab hujan lebat, esok semua kena bangun awal termasuk adik sbb adik pun kena ikut skali hantar kakak ke sekolah, abi tak ada.
- 5hb-Hantar Najihah@7.15 am, dukung Nadhirah yang sungguh excited tengok budak2 pakai uniform. Mak telefon bagtau tokwan sakit lagi, semalam mak saudara & ceklong,cekngah dan teh (kakak2ku) semua datang rumah, pukul 3 pagi baru tokwan ok dan semua baru balik rumah masing-masing..Mintak mak inform kalau tokwan sakit semula. InsyaAllah weekend ni balik. Suami masih di KT. Maybe malam ni baru sampai rumah.
- 6hb- Hari ni hari rabu, suami semalam kul 9 sampai, kesian dia keletihan..bgtau ayah dah ok cuma kerap nak buang air kecil, setiap sepuluh minit.. hari Khamis maybe kena jaga ayah waktu malam sbb abang yang duduk KL dah habis cuti..Sakit kepala datang lagi tapi tak teruk sebelum ni, dah makan panadol.. terpaksa telan sbb tak nak berlanjutan..kalau biarkan memang tido sepanjang hari la jawabnya..
- 7hb- Hari ni suami ke K.T, @7pm mak telefon Pak Ya yang duduk dekat rumah baru meninggal sbb ada pendarahan dalam otak, kira anak beranak sebelah ayah, lepas tu mak telefon lagi bagitau anak Cikgu Mat (kawan ayah kat surau) baru meninggal..Innalillah.. sekejap saja dia dipinjamkan ke dunia, orangnya masih muda dan ada isteri serta anak kecik.. sedih...hidup ini hanya sementara..... Tokwan masih lagi kurang sihat.. semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada Tokwan kerana dialah satu-satunya Tokwan saya yang masih bernafas di dunia ini..Amin..
No comments:
Post a Comment