FOLLOW ME

Wednesday, April 7, 2010

2 April 2010



Mungkin ramai yang masih terkejut, termasuklah saya, atas pemergian seorang pengacara radio kerana denggi berdarah. Arwah Din Beramboi yang dimasukkan ke hospital Selayang pada hari selasa kerana demam mulanya disyaki terkena jangkitan kencing tikus tetapi kemudian disahkan denggi.

Saya masih ingat pada hari Rabu pagi, ramai pendengar mendoakan supaya Pak Din cepat sembuh, termasuklah saya yang mendoakan kesihatan Pak Din walaupun suara saya tidak keudara tapi di dalam hati berharap semoga dia cepat sembuh dan sihat seperti biasa. Pagi itu terasa begitu sedih, suara Aznil Hj Nawawi juga serak dan sayu dgn ditemani pagi itu oleh D, Burn,Adi dan Rini.

Saya tidak pernah berjumpa dengan arwah Din Beramboi namun semenjak dia mengacarakan Riuh Pagi ERA dengan Aznil, terasa mereka berdua sungguh dekat dihati malah tutur kata arwah dan Paknil menjadi penyeri setiap pagi saya. Hilang stress dan mengantuk. Kalau gaduh sikit-sikit dalam kereta dengan suami sewaktu nak ke tmpt kerja, bukak radio dengar sawancara atau drama sebabak sure lepas tu jadi ok, mau taknya, suami akan ketawa terbahak2, hilang marah, hilang sedih.

Bila staff saya hantar sms hari Jumaat pagi bgtau Din Beramboi dah meninggal, terus saya bukak ERA dan sememangnya saya terkedu sebentar, Betulkah ini? Kenapa? Bagaimana? Namun realiti tetap menghentam saya pagi itu, terasa seperti kehilangan ahli keluarga, sedih saya tak dapat digambarkan pada suami, mungkin dia tak faham kenapa saya sungguh sedih, entahlah, saya sendiri pun tak faham kenapa saya sungguh sedih, tapi saya menangis dan menitiskan airmata, terngiang-ngiang suara Arwah di telinga saya.

Saya mendoakan semoga Allah membalas dengan pahala untuk semua tutur kata Arwah yang sentiasa menceriakan hidup saya, semoga roh beliau ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah.

No comments: