FOLLOW ME

Tuesday, May 4, 2010

Selamat Hari Ibu, Mak.

Selamat Hari Ibu untuk Hjh Rafeah Binti Ismail. Tiada apa yang dapat dibandingkan dengan kesemua jasa-jasa mak dari melahirkan, membesarkan, mendidik, mendengar. menasihati dan semua perkara2 lain yang mak telah curahkan tanpa sebarang harga demi untuk membesarkan saya sebagaimana diri saya sekarang.

Sesungguhnya amat payah untuk membesarkan seorang anak sebagaimana yang saya lalui sekarang dengan cucu-cucu emak dan saya banyak mengeluh, namun semangat mak dalam membentuk diri saya selalu saya semaikan dan saya akan selalu berusaha untuk menjadi ibu yang baik kepada anak2 saya sebagaimana emak menjadi ibu kepada saya. Terima kasih emak. Hanya tuhan dapat membalas kesemua jasa emak pada saya. Semoga hari-hari emak dipenuhi dengan keceriaan dan barakah serta pahala yang menggunung untuk setiap peluh emak yang menitis kerana saya.  Selamat Hari Ibu, Mak.  I Love You. Always. Forever.

No comments: