FOLLOW ME
Thursday, June 10, 2010
Family Day-Padang/Kota Tinggi
Salam semua,
Alhamdullilah jumpa lagi kita disini. Tak ada banyak event nak diceritakan walaupun hampir sebulan melesapkan diri dari dunia blog kerana dihimpit kesibukan hidupan harian. Alhamdulillah kesihatan masih sama seperti dulu, rezeki tuhan bagi pun alhamdulillah tak putus2, membolehkan saya dan keluarga serta staff2 pejabat dan keluarga masing2 menikmati kebebasan sementara, jauh dari kesibukan
dan kepeningan urusan pejabat untuk 3hari 2 malam di kota sumatera, Indonesia.
Family day kali ni kami berjalan jauh sikit, ke kota Padang dan Bukittinggi, tiket kapal terbang dan agen untuk ground dan diselesaikan awal2. Kali ni saya menggunakan khidmat Sanabil Holiday Sdn Bhd. Alhamdulillah sangat puas hati dengan pengurusan pihak syarikat tersebut dan semua perancangan seperti dalam itinerary berjalan dengan lancar. Paling penting, hotel "The Hills" yang teletak di puncak kotatinggi yang menjadi hotel penginapan kami sepanjang berada di indonesia sangat selesa dan makanan pun ok.
Alhamdulillah jugak sebab tak ada gempa bumi atau apa-apa kemalangan lain melanda sepanjang berada di sana. Cuma satu yang perlu diingat, lain kali kalau berhajat nak kesana lagi, kenalah bawak duit rupiah lebih sikit, sebab atmnya tak banyak. visa/master pun byk kedai yang tak guna, jadi bila tengok kain cantik2, telan air liur jelah.
Alhamdullillah dan syukur pada tuhan atas kemurahan rezeki yang diberikan kepada kami. Ini adalah family day ke-4 selepas Genting, Langkawi dan Sunway. Semoga dimurahkan lagi rezeki kami dan semoga kegembiraan dan keceriaan ini berterusan untuk tahun2 yang akan datang. Amin.
Salam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment