FOLLOW ME

Thursday, July 28, 2011

HADIS PALSU BERKENAAN KELEBIHAN TARAWIH



Bismillah,

Syukur kepada Allah kerana dipanjangkan umur untuk menikmati Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Tak ramai yang saya lihat membuat countdown Ramadhan tidak seperti kemeriahan membuat countdown untuk menyambut tahun baru. Mungkin mereka tidak merasai bahang kenikmatan berpuasa dan hebatnya tawaran-tawaran Allah di dalam bulan ini. Wallahua'lam.

Bila tiba bulan Ramadhan pasti akan hadirnya Lailatul Qadar, insyaAllah dengan izin Allah tahun ini saya akan cuba mencarinya. Bulan ramadhan juga bulan dimana kita mengerjakan solat sunat tarawih. Kita diberitahu adanya kelebihan-kelebihan bersolat tarawih yang mana ia dikatakan diambil dari satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :

"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu Mufti kerajaan negeri Terengganu telahpun  mengeluarkan pendapat mengenai kepalsuan hadis yang berkaitan dengan kelebihan / fadhilat solat terawih ini. KLIK DISINI untuk bacaan penuh.

Semoga sahabat-sahabat saya beribadat kerana Allah dan bukan kerana berkehendakkan kelebihan sesuatu malam yang mana malam-malam lain ditinggalkan, semoga Allah memberikan kita pahala yang berlipat ganda untuk semua amalan kita di bulan yang mulia ini.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG MULIA, HAPPY FASTING TO ALL! :-)


No comments: