FOLLOW ME

Wednesday, June 25, 2008

Ish.. salah info la.

Alamak. Silap infolah saya. Petang tadi mati2 ingatkan stesyen minyak stop operasi sebab nak naik harga, rupa2nya boikot sebab tak puas hati dengan komisyen yang ditetapkan govt. Ish... lega... komisyen bukan masalah kita, itu masalah depa dengan Datuk Shahrir dan PM la.... Tapi bila pikir2, masalah depa pun, kita ni timun.. sakit kita juga.. takpalah, malas nak pikir banyak2 hal minyak nih, nak buat macammana, kalau towkeh stesen minyak tak puashati dengan harga, mereka tutup kedai, dah tu kalau kita tak puashati harga minyak, takkan nak boikot isi minyak kot.. nak gerak kereta pakai apa.. at last kena isi jugak...kesian kita...

Cuma ada satu berita baru yang diumumkan kerajaan pagi tadi yang cendawan (bukan cendekiawan) macam saya nih tak paham(sebab kalau cendekiawan mesti paham! hehehe). Dalam kata inflasi meningkat dan ekonomi negara gawat akibat peningkatan kos minyak dan barangan, kenapa insentif untuk pemenang pingat emas olimpik dinaikkan daripada RM160ribu kepada RM 1juta pulak.. banyakkkkkkktuuuuuu..........

Saya setujulah dengan pendapat Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang kata insentif macam gitulah satu2nya cara nak suruh atlet negara menang pingat emas kat olimpik sebab mereka semua materialistik, tapi katalah tetiba jer ada yang menang pingat emas (badminton tak mustahil!! go lee chong wei, juga masih menaruh harapan supaya fairuzizuan & Mohd Zakry boleh wakil double ganti Koo Kin Keat & tTan Boon Heong) tak ke habih berjuta2, duit rakyat jugak... ish ish ish

Tapi bak kata pepatah... apa aaa (tetiba blank)... takpalah... saya ni rakyat, cukai masih kena bayar. nak harap dapat sejuta macam kat atas tu payah, sebab saya tak main olimpik pun, nak wakil SUKMA pun tak lepas.. umur pun dah nak masuk geng2 veteran, bekerja dan berdoa ajelah semoga rezeki sentiasa dimurahkan Tuhan. Amin.

Salam. Jumpa lagi.

1 comment:

kin hashim said...

jie,kena promote anak2 jie main taekwondo betul2..mana tau bole wakil mesia dlm sukan olimpik..hehhe...boleh rasa jadi mak kepada jutawan..hehhe..

jie...buh la chat box kat blog jie nih..senang sket nak menyapa :).

ada satu tag untuk jie la...sila la ke umah kita yer.. :).